CIDB Malaysia

CIDB Malaysia, CIDB Malaysia

Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM) atau lebih dikenali sebagai CIDB Malaysia merupakan satu badan kerajaan yang ditubuhkan di bawah Kementerian Kerja Raya Malaysia. CIDB bertanggungjawab dalam mengawal selia, membangun dan memudahkan industri pembinaan menuju ke arah mencapai daya saing global selari dengan visi CIDB. Visi utama CIDB adalah untuk memastikan pembinaan yang berkualiti tinggi melalui penggunaan bahan-bahan binaan dan produk yang berkualiti.

Objektif CIDB Malaysia

Objektif CIDB adalah untuk membina kapasiti dan kapabiliti industri pembinaan melalui peningkatan kualiti dan produktiviti dengan memberi penekanan kepada profesionalisme, inovasi dan pengetahuan ke arah kehidupan yang berkualiti.

Fungsi CIDB

Antara tugas utama CIDB adalah mendaftar dan mengakreditasi mana-mana kontraktor yang terlibat dengan pembinaan di Malaysia dengan syarat-syarat tertentu. Serta CIDB bertanggungjawab memperakukan mana-mana individu yang berdaftar yang terlibat dengan pembinaan melalui pendaftaran personel binaan. Terdapat fungsi-fungsi lain antaranya ialah memajukan dan menggalakkan jaminan kualiti dalam industri binaan di Malaysia. Selain itu, CIDB memberi khidmat nasihat kepada semua pelanggan dan pihak-pihak berkepentingan yang berkaitan dengan bahan dan produk pembinaan.

CIDB Malaysia juga berfungsi untuk menguruskan apa-apa aduan yang dibuat berkenaan dengan kerja pembinaan yang telah siap atau sedang dijalankan. CIDB bertanggungjawab untuk pemantauan keselamatan awam dan mengambil tindakan yang sesuai untuk menanganinya.

Fokus CIDB adalah pada pertumbuhan yang mampan, kapasiti dan pemerkasaan, penambahbaikan prestasi industri dan amalan terbaik. Selain itu, fokusnya adalah untuk meningkatkan nilai kepada pelanggan dan masyarakat. Serta perubahan industri disokong oleh amalan perolehan yang konsisten dan beretika

Rumusan

Kesimpulannya, CIDB atau Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM) merupakan satu entiti yang memainkan peranan besar dalam industri binaan Malaysia. Semua syarikat atau individu yang terlibat dengan projek binaan perlulah berdaftar terlebih dahulu dengan CIDB Malaysia sebelum memulakan apa-apa kerja berkaitan pembinaan. Oleh itu, jika anda majikan atau pekerja yang ditugaskan dalam hal keselamatan dan pentadbiran, pastikan semua pekerja telah mempunyai Kad Hijau serta jika perlu diakreditasikan. Jangan bertangguh-tangguh lagi kerana penguatkuasaan kini giat dijalankan.

Kongsi artikel ini

Facebook
Twitter
Telegram
WhatsApp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Berkaitan

how-to-apply-cidb-license

How To Apply CIDB License

Introduction Effective on 20 July 1995, all local or foreign contractors company must register with Construction Industry Development Board (CIDB) under Section 25 of Act

Read More »
siapa-cidb-malaysia

CIDB Malaysia

Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM) atau lebih dikenali sebagai CIDB Malaysia merupakan satu badan kerajaan yang ditubuhkan di bawah Kementerian Kerja Raya Malaysia. CIDB

Read More »
× Whatsapp Kami