Apa Itu Lesen CIDB

Jom pihak LesenKontraktor kongsikan dengan lebih jelas berkenaan dengan apa itu lesen CIDB. Untuk mohon lesen CIDB, isi borang permohonan dan pihak kami akan bantu anda.

Pengenalan

Apa itu lesen CIDB? Lesen CIDB atau lebih dikenali sebagai lesen kontraktor adalah slip akuan atau sijil bagi seseorang yang ingin menjalankan dan menyiapkan kerja-kerja pembinaan. Kontraktor ini perlulah terlebih dahulu berdaftar mengikut akta pembinaan. Di Malaysia, terdapat 3 jenis sijil kontraktor cidb antaranya ialah Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK), Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) dan Sijil Taraf Bumiputera (STB)

Jenis-jenis Lesen CIDB

1. Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK)

Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) adalah sijil yang dikeluarkan oleh CIDB kepada syarikat kontraktor yang telah berdaftar dengan CIDB mengikut Akta 520 dan peraturan di bawahnya. Adalah wajib bagi kontraktor untuk berdaftar dengan CIDB sekiranya anda terlibat dengan kerja-kerja pembinaan. Untuk memohon PPK, anda perlu memiliki SSM. Berikut adalah contoh sijil PPK.

Apa Itu Lesen CIDB, Apa Itu Lesen CIDB

2. Sijil Perakuan Kerja Kerajaan (SPKK)

Sijil Perakuan Kerja Kerajaan atau lebih dikenali sebagai SPKK adalah sijil yang memperakukan bahawa penama di dalam SPKK layak menyertai projek-projek pembinaan oleh kerajaan Malaysia mengikut kelayakan yang telah ditetapkan. Penama SPKK adalah individu yang dibenarkan untuk membuat urusan berkaitan tender kerajaan yang terdiri dari mana-mana individu warganegara Malaysia samada pemilik perniagaan, ahli lembaga pengarah, pengarah, ahli lembaga koperasi, atau mana-mana kakitangan syarikat yang digajikan sepenuh masa. Untuk memohon SPKK, syarikat anda mestilah telah beroperasi melebihi dari 3 tahun.

Apa Itu Lesen CIDB, Apa Itu Lesen CIDB

3. Sijil Taraf Bumiputera (STB)

Sekiranya syarikat anda berdaftar dan mempunyai Sijil Taraf Bumiputera (STB), ini akan melayakkan anda untuk memohon tender khas untuk taraf bumiputera sahaja. Syarikat atau perniagaan yang mempunyai semua pemilik berstatus bumiputera sahaja yang layak memohon. Sijil ini diperlukan apabila anda ingin memohon tender kerajaan. 

Apa Itu Lesen CIDB, Apa Itu Lesen CIDB

Rumusan

Lesen cidb mempunyai 3 jenis sijil dan anda perlu mendaftarkan syarikat anda dengan CIDB sekiranya anda ingin menyertai projek-projek pembinaan. Sekarang anda sudah tahu jenis-jenis sijil lesen cidb. Hanya dengan mengisi borang permohonan di laman web kami LesenKontraktor.com dan pihak kami akan uruskan permohonan anda dalam masa 24jam sahaja.

Jika anda ada sebarang pertanyaan boleh whatsapp kami pada talian 0183734800

Kongsi artikel ini

Facebook
Twitter
Telegram
WhatsApp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Berkaitan

how-to-apply-cidb-license

How To Apply CIDB License

Introduction Effective on 20 July 1995, all local or foreign contractors company must register with Construction Industry Development Board (CIDB) under Section 25 of Act

Read More »
siapa-cidb-malaysia

CIDB Malaysia

Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM) atau lebih dikenali sebagai CIDB Malaysia merupakan satu badan kerajaan yang ditubuhkan di bawah Kementerian Kerja Raya Malaysia. CIDB

Read More »
× Whatsapp Kami