SIAPA PERLU MOHON CIDB ?

Seperti yang anda ketahui, setiap kontraktor yang ingin terlibat dalam dunia pembinaan termasuklah mekanikal, awam, fasiliti, elektrikal, dan lain-lain wajib berdaftar dengan CIDB. Terdapat 3 jenis sijil yang dikeluarkan oleh CIDB iaitu Perakuan Pendaftaran (PPK), Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) dan Sijil Taraf Bumiputera (STB). Selain itu, untuk memohon Sijil Perolehan Kerja Kerajaan atau SPKK, syarikat perlu mempunyai Sijil MCORE atau sijil SCORE. Anda nak tahu siapa yang perlu mohon setiap sijil yang dikeluarkan oleh CIDB? Jom, kami terangkan pada anda!

Siapa Perlu Mohon CIDB

  • PERAKUAN PENDAFTARAN KONTRAKTOR (PPK)
SIAPA PERLU MOHON CIDB, SIAPA PERLU MOHON CIDB ?

Secara undang-undang, setiap kontraktor yang ingin terlibat dalam dunia berkaitan pembinaan termasuklah dalam bidang mekanikal, awam, fasiliti, elektrikal dan lain-lain WAJIB berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM) atau CIDB. Apabila syarikat kontraktor telah berdaftar dengan CIDB, syarikat kontraktor tersebut akan mempunyai sijil perakuan daripada CIDB yang sah.

Kelayakan minima untuk memohon Perakuan Pendaftaran Kontraktor atau PPK adalah perlu mempunyai syarikat atau perniagaan atau persatuan yang berdaftar terlebih dahulu. Syarikat juga perlulah mempunyai modal yang mencukupi berdasarkan modal yang telah ditetapkan oleh CIDB. Manakala, bagi syarikat yang ingin mendaftar bagi Gred 4 dan keatas, syarikat perlulah malampirkan sijil teknikal atau sijil akademik dalam bidang berkaitan.

  • SIJIL PEROLEHAN KERJA KERAJAAN (SPKK)
SIAPA PERLU MOHON CIDB, SIAPA PERLU MOHON CIDB ?

Bagi permohonan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan atau SPKK pula, dibuka kepada mana-mana kontraktor yang ingin menyertai apa-apa sebut harga atau tender yang dikeluarkan oleh jabatan kerajaan. Pemegang SPKK layak menyertai mana-mana perolehan kerajaan dalam bidang pembinaan mengikut kelayakan yang ditetapkan. Pemohon perlu memastikan syarikat telah memiliki PPK bagi melayakkan syarikat memohon SPKK.

Bagi syarikat yang ingin memohon Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) haruslah mempunyai sijil akademik pembinaan samaada pekerja atau pemilik syarikat yang ditetapkan di setiap gred. Kontraktor yang memohon SPKK ini juga haruslah memiliki sijil SCORE bagi gred 2 hingga Gred 7 sahaja.

  • SCORE/ MCORE
SIAPA PERLU MOHON CIDB, SIAPA PERLU MOHON CIDB ?

Bagi kontraktor yang ingin memohon SPKK bagi perlulah mempunyai sijil SCORE / MCORE.

  • SIJIL TARAF BUMIPUTERA (STB)
SIAPA PERLU MOHON CIDB, SIAPA PERLU MOHON CIDB ?

Permohonan Sijil Taraf Bumiputera atau STB dikhaskan kepada pemohon bumiputera. Syarikat yang ingin memohon perlulah mempunyai pegangan & bilangan saham, pengurusan dan pekerja bumiputera melebihi 51%.

Rumusan

Jadi, anda dah faham anda perlu daftar CIDB atau tak? Anda berminat nakk daftar tapi tak tahu cara macam mana? Jangan risau? Anda boleh WhatsApp kami sekarang untuk mendapatkan khidmat nasihat tentang pendaftaran lesen kontraktor secara percuma!

Kongsi artikel ini

Facebook
Twitter
Telegram
WhatsApp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Berkaitan

how-to-apply-cidb-license

How To Apply CIDB License

Introduction Effective on 20 July 1995, all local or foreign contractors company must register with Construction Industry Development Board (CIDB) under Section 25 of Act

Read More »
siapa-cidb-malaysia

CIDB Malaysia

Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM) atau lebih dikenali sebagai CIDB Malaysia merupakan satu badan kerajaan yang ditubuhkan di bawah Kementerian Kerja Raya Malaysia. CIDB

Read More »
× Whatsapp Kami